Ini bukan tsunami politik tetapi REAL punya tsunami ekoran dari gempa bumi yang berlaku di dasar laut.
Kepulauan Mentawai yang terletak di
Sumatra Barat mungkin menjadi pusat tsunami kerana sedang berlaku pergerakan kerak bumi di dasar laut, menurut Pusat Penanganan Krisis (PPK) Kementerian Kesihatan Indonesia hari ini.
Sesiapa yang tinggal di sekitar persisiran pantai Barat Malaysia juga harus berwaspada dan mengambil langkah keselamatan terutama yang bertugas di laut serta mendiami kawasan pantai
Selat Melaka.
Peringatan ini bukan untuk menimbulkan rasa takut atau panik tetapi suatu tindakan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan.
Penduduk Jakarta diminta waspada gempa bumi besar
Oleh Mohd Nasir Yusoff
BOGOR 10 Mac — Penduduk bandar raya Jakarta, yang berjumlah kira-kira 10 juta, diingatkan supaya meningkatkan kewaspadaan terhadap kemungkinan berlakunya gempa bumi yang boleh mencapai ukuran sebesar 8.5 pada skala Richter dan menyebabkan tsunami.
Pusat Penanganan Krisis (PPK) Kementerian Kesihatan Indonesia ketika memberikan peringatan itu berkata Jakarta termasuk dalam garis gempa yang terbentang dari Sinabang hingga ke Pelabuhan Ratu.
Ketua PPK, Rustam S. Pakaya yang dipetik akhbar Republika pada Selasa berkata potensi gempa itu berlaku ekoran daripada pergerakan kerak bumi di bawah laut yang berpusat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.
“Terjadi hakisan terus-menerus di bawah permukaan laut,” katanya, yang bagaimanapun mengakui bahawa tiada pihak mana sekali pun dapat menentukan secara tepat tarikh dan waktu bila gempa bumi besar itu akan terjadi.
Berdasarkan hasil pemantauan yang diperoleh PPK, berlaku hakisan di Pelabuhan Ratu setinggi 2,050 meter dan 600-700 meter di Pangandaran di bawah permukaan laut.
Bernama/ Utusan Malaysia Online
AWAS!!!!!! TSUNAMI BERPUSAT DI KEPULAUAN SUMATERA BARAT
Labels:
Tsunami,
Tsunami politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tsunami Warning In Indian Ocean
http://www.internationalreporter.com/News-4365/tsunami-warning-in-indian-ocean.html