Pray For MH370

Pray For MH370

MENJUNJUNG KASIH TITAH TUANKU SULTAN SELANGOR ATAS NASIHAT DAN PANDANGAN

Ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12, pagi tadi, baginda telah mencipta rekod dengan bertitah selama hampir dua jam dan dipenuhi dengan nasihat serta tunjuk ajar kepada pemimpin negeri serta rakyat Selangor.

*Sultan Selangor mahu pandangan rakyat diutamakan

*Usah Salah Tafsir Peruntukan Undang-undang Untuk Kepentingan Sendiri - Sultan Selangor

*Selangor Sultan: Don’t misinterpret state, federal constitutions


Usah Salah Tafsir Peruntukan Undang-undang Untuk Kepentingan Sendiri - Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru semua pihak menghormati undang-undang negeri dan negara.

Titah baginda, setiap peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara perlu dihormati.

“Janganlah hendaknya ada pihak yang menyalah tafsir peruntukan undang-undang tersebut ke arah kepentingan dan manfaat sesuatu golongan tertentu sahaja,” titahnya ketika merasmikan pembukaan persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12, pagi tadi.

Sultan Sharafuddin bertitah undang-undang berkenaan perlu dimartabatkan ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Titah baginda, semua pihak perlu mengutamakan perpaduan dan menghentikan segala tindak tanduk yang boleh menjejaskan imej negara.

Ini kerana titah baginda, sejak kebelakangan ini banyak berlaku insiden yang melibatkan perbalahan yang dicetuskan segolongan kelompok masyarakat selain demonstrasi jalanan yang menjejaskan keamananan, keharmonian serta perpaduan.

Sultan Sharafuddin turut mengingatkan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang akan bersidang agar saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengambil kira ideologi politik masing-masing.

“Ini adalah kerana, matlamat setiap ahli dewan negeri adalah sama iaitu untuk memberi perkhidmatan yang terbaik demi kebajikan rakyat dan negeri,” titahnya.

Titah baginda lagi, mereka juga harus memastikan segala tindakan dan keputusan yang diambil tidak bercanggah dan selaras dengan peruntukan undang-undang.

Baginda juga ingin melihat semangat saling hormat-menghormati dan kerjasama antara kaum di negeri ini dapat dipertingkatkan.

Menurut baginda adalah teramat malang apabila isu perkauman telah dipolitikkan.

“Beta ingin menegaskan perlunya semua rakyat Selangor mengubah paradigma mereka dalam perkara ini. Bukankah lebih baik sekiranya kita menekankan tentang persamaan antara kita, bukannya asyik bertegang lidah mengenai perbezaan kita,” titahnya.

Baginda turut berharap kerajaan negeri menjalankan dasar-dasar yang menjurus untuk semua rakyat dan tidak meminggirkan mana-mana pihak.

NOOR ALLIA KASSIM / Selangorkini
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sultan Selangor mahu pandangan rakyat diutamakan

Prinsip yang paling penting untuk mencapai sebuah negara yang maju ialah prinsip demokrasi dengan pandangan rakyat perlu diutamakan dalam menetukan hala tuju sesebuah negara.


"Pandangan rakyat merupakan satu petanda yang terbaik sama ada berjaya atau tidak pentadbiran sesebuah negeri.

"Sudah semestinya prinsip ini dilengkapkan dengan perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang semua seharusnya sedia maklum," titahnya.

Baginda bertitah demikian dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12 di Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.

Menurut baginda, pandangan rakyat harus diambil kira dan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang melaksanakan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) sekiranya menolak pandangan rakyat.

Oleh itu titahnya, proses perbincangan awam seharusnya diperbanyakkan untuk setiap keputusan dan kerangka utama pembangunan kerajaan negeri.

"Masyarakat madani di negara maju menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara dan ini sewajarnya menjadi kebiasaan di Selangor," titah baginda.

"Kerajaan negeri beta mesti cuba menggunakan kepakaran yang ada pada pihak-pihak ini dalam tujuan untuk memajukan negeri Selangor.

"Meskipun ada kelemahan yang mesti diatasi, namun negeri beta ini telah meneruskan usaha mencapai matlamat negara yang maju dengan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbaik dengan prinsip yang paling penting iaitu demokrasi," titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Selangor juga menegaskan bahawa keamanan, keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini akan terjejas dengan berlaku beberapa insiden yang melibatkan perbalahan yang dicetuskan oleh sekelompok masyarakat.

"Justeru, beta ingin menyeru kepada semua pihak agar memberhentikan segala tindak-tanduk yang boleh menjejaskan imej negara ini dan menumpukan perhatian ke arah memupuk perpaduan yang erat di kalangan semua kaum." titahnya. Image

Baginda juga menyeru supaya sikap hormat-menghormati diantara kaum perlu diamalkan setiap waktu agar keharmonian yang berkekalan.

"Sikap hormat-menghormati diantara kaum di negara ini perlulah sentiasa diamalkan bersama bagi menjamin perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia," titah baginda

Muhammad Arif Ismail/Foto Wan Zahari Wan Salleh/ Harakahdily

====================================================
Selangor Sultan: Don’t misinterpret state, federal constitutions


The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah urged all parties on Tuesday, especially his subjects, not to misinterpret the State and Federal constitutions to serve the interests and for the benefits of certain groups.

Everyone should fully respect the laws of the state and country and adhere to all the provisions, he said when opening the First Sitting of the Second Term of the 12th Selangor State Legislative Assembly here.

“We need to uplift the status of the Federal Constitution, the Selangor Constitution and the country’s laws to a higher level above all personal and political interests,” he said.

He said that through his observation and reading, he found that off late there were many incidents involving disputes triggered by a group of society and street demonstrations which had adversely affected peace, harmony as well as racial unity in the country.

“Hence I would like to call upon all quarters to end all actions which can tarnish the country’s image and focus on promoting unity among all races,” he said.

Sultan Sharafuddin said that to improve governance in the state, views of the people should be considered because what was the use of launching the “Merakyatkan Ekonomi Selangor” (Selangor Economy for the Citizenry) campaign if people’s views were not given due attention.

“Therefore, more public discussions should held for each decision and major state development framework. Civilised societies in developed countries actively contribute to social development and this is supposed to become a norm in Selangor,” he said.

The Sultan said decisions made by members of the State Legislative Assembly should be disseminated to the people in the transparent manner so that the people could understand the rationale behind them.

He also said that as members of the State Legislative Assembly of a developed and civilised state, whatever actions and conducts of the people’s representatives would always draw public attention.

They should adopt noble values in each action and conduct so that they would become an example to the general public and reflect the state’s civilisation and development, he said.

On the water industry restructuring in Selangor, he said the price offered by the state government to the water concessionaries was reasonable and suitable to facilitate the negotiation which had yet to be completed as of now.

“Hence I would like to remind all that the water problem should be solved urgently for the good of the people. I do not want to see my subjects experiencing water shortages due to the delay in solving the problem,” Sultan Sharafuddin said.

He said the municipal transport system which was a major problem and affected the qualify life of the Selangor people particularly in the Klang Valley, should be improved with the provision of a more efficient public transport system through cooperation between the state and federal governments.

“I want we reduce the public-private transport ratio from 10:90 now to 50:50 by enhancing the usage of public transport,” he said.

One of the methods that could be considered was by introducing a “One-Hour Transport Module” whereby it would take one hour to reach a destination in a state using a combination of bus, rail and taxi networks, he said. He said that to enhance the quality of public transport in the state, a comprehensive reshuffling should be considered and supported by a better legal system.

Bernama

Comments :

0 comments to “MENJUNJUNG KASIH TITAH TUANKU SULTAN SELANGOR ATAS NASIHAT DAN PANDANGAN”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com