Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji'un. Ya, Harakah dan Suara Keadilan digantung permit oleh KDN
berkuat kuasa serta merta selama tiga bulan tanpa diberi sebarang alasan. lazimnya, surat tunjuk sebab dikeluarkan dahulu.....
Harakah digantung tiga bulan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.
Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.
Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.
Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.
"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik.
azm/Harakahdaily
HARAKAH DAN SUARA KEADILAN DIGANTUNG PERMIT TANPA ALASAN DIBERI
Labels:
Harakah,
Suara Keadilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pr perlu bersabar....mereka sekarang ketakutan...
ewah..ewah! Diambang menjawat pm dah mula tunjuk taring.
Jika kita teliti apa yang Harakah dan Suara Keadilan, maka kita dapat simpulkan mereka telah menyalahgunakan permit yang diberi. Mereka telah menabur fitnah yang berterusan terhadap pemimipin negara kita dan juga Sultan. Rasa benci-membenci, maki-hamum, putar belit dan sumpah seranah semuanya ada dalam Lidah Rasmi mereka. Pengantunggan Harakah adalah wajar dan patut juga diharamkan terus!!