Pray For MH370

Pray For MH370

NIZAR DIPILIH CALON KERUSI PARLIMEN BUKIT GANTANG

Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Bukit Gantang yang telah kosong dengan kembali ke Rahmatullah Hj Roslan Shaharum awal bulan Feb 2009.

DS Nizar tidak perlu diperkenalkan kepada rakyat Perak amnya kerana penglibatan beliau dalam krisis perundangan di negeri berkenaan.

Nizar calon PAS di Bukit Gantang

Menteri Besar Perak Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diumumkan sebagai calon untuk mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang 7 April depan.

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping sebentar tadi di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Kerusi Parlimen Bukit Gantang menjadi rebutan selepas penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS meninggal dunia awal bulan lalu.

azm/ Harakahdaily

Comments :

1
Hasrin Bin Abdul said...
on 

Nizar Penderhaka Sultan tidak layak jadi calon pilihanraya! Beliau telah mencabar kedaulatan Sultan Perak dengan sembah derhaka dan persidangan bawah pokok yang meluluskan usul-usul yang berlawanan dengan kehendak Sultan Perak. Sultan bukannya patung yang boleh ditolak ke tepi saja. Selagi Nizar tidak memohon ampun kepada Sultan, pencalonan beliau harus ditolak oleh semua pihak!!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com