Pray For MH370

Pray For MH370

KARIM MANSOR, KHIR TOYO & THURMUDI BAIK MINTA MAAF

Selasa 15 April 2008 | 8 Rabiul Akhir 1429 Hijrah

Isu babi Selangor: Syarikat bumiputera, bekas Adun Umno terlibat
Harakahdaily
Mon | Apr 14, 08 | 3:10:10 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA.

Menurut laporan Malaysikini, syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Dato' Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Rabu lalu, 200 penduduk kampung di sekitar Sepang mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah projek berkenaan.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri Besar Selangor waktu itu Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.

Karim, dihubungi Malaysiakini hari ini, menafikan beliau membantah projek tersebut.

Sementara itu sumber-sumber PKR memberitahu, risalah-risalah penerangan tentang isu tersebut - termasuk maklumat yang didedahkan oleh MCA ini - akan diedarkan kepada penduduk Selangor.

PAS sebelum ini dilaporkan akan menemui rakyat Selangor untuk menjelaskan isu tersebut yang mendapat liputan meluas - yang membawa kesan negatif kepada pentadbiran Pakatan Rakyat - di akhbar-akhbar berbahasa Melayu selama beberapa hari minggu lepas. - mks.

Comments :

2 comments to “KARIM MANSOR, KHIR TOYO & THURMUDI BAIK MINTA MAAF”
Anonymous said...
on 

Assalammualaikum w.b.t Dr;
Saya penduduk kg delek. Saya seorang penduduk bertaraf pendapatan rendah. Saya pergi kerja menggunakan pengangkutan awam. Bas di kg delek ni tak menepati masa. Lagi satu janji PR nak bagi gaji min RM1500. Bila nak dilaksanakan? Harga barang semuanya berlumba-lumba nak naik... jadi adakah janji PR hanya janji palsu? janji PAS nak hapuskan hutang PTPTN, bila nak menjadi nyata untuk anak-anak kami yang telah terbeban dgn sistemyang tak adil.
Diharap kerajaan negeri Selangor membela nasib rakyat miskin.Terima kasih.

Unknown said...
on 

Ucapan salam dan terima kasih buat Puan Saripah yang dimuliakan. Walaupun keputusan Pilihanraya Umum ke12 telah diketahui pada 8 - 9 hb Mac 2008,namun majlis menerima watikah dan mengangkat sumpah hanya dijalankan pada 24hb Mac 2008.Baru 3 minggu PR/BA masuk "rumah" baru di Selangor.Banyak yang nak kena perbetul dan "baikpulih"-rosak sana sini, bocor dan pelbagai kesan "orang dulu" punya kerja. Ditambah dengan isu kandang babi di Kuala langat yang mengambil masa 10 hari nak selesaikan. Itupun 'orang" dulu masih nak ganggu PR/BA buat kerja.
Puan, mampirlah ke Pusat Khidmat DUN Selat Klang tak jauh dari pasaraya econmart. Kita bincang. Sahabat-sahabat saya seperti Tn Hj Paad di Kg Delek atau HJ Saari, Hj Saroni atau terus berjumpa Tn HJ Kamaluddin/ Pn Hjh Zaharah di Pusat Khidmat ADUN.
Puan, di Malaysiakita ada perkara yang di bawah bidang kerajaan negeri dan ada yang diletak di bawah jagaan kerajaan PUSAT. PR/BA masih ingat janji dan ikrar kami jika memerintah Malaysia dan Tahmid kami PR/BA di lima buah negeri berjaya dengan sokongan Tuan/Puan. Di blog saya bahagian atas ada dimuatkan LINK untuk merujuk balik manifesto kami.
Puan telah bersabar dengan BN/UMNO selama 50 tahun memrintah. Kami merayu berilah peluang 2-3 tahun untuk kami memenuhi ikrar/janji kami. Saya diamanahkan oleh YAB Tan Sri mengurus hal-hal pendidikan, pendidikan Tinggi dan pembangunan modal insan di Selangor.
Jadi tentang perkhidmatan bas, kita akan rujuk kepada pihak pengurusan pengangkutan awam. Mengenai gaji minima, Puan ziarahlah kami di Pusat Khidmat ADUN, kita lihat apa yang kita boleh buat. Tentang hutang PTPTN, kita boleh minta bantuan wakil Ahli Parlimen di DUN.
Yakinlah PR/BA tidak menabur janji palsu setakat nak menang PRU 12. Puan tolong yakinkan orang UMNO Kg Delek bahawa bukan budaya PR/BA nak tipu rakyat. Puan ziarahlah Kelantan dan lihat sendiri apa yang PR/BA telah buat selama 12 tahun memerintah. Harap puan dapat bersabar. Doakan kami mampu memenuhi janji dan ikrar kami Insya Allah. Terima kasih.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com