Pray For MH370

Pray For MH370

PERHIMPUNAN SAMBUTAN "DARI GELITA 14 KE KEMENANGAN RAKYAT"

Perhimpunan di KSS : MB minta nasihat pegawai undang-undang

OLEH ROSLAN BIAN


SHAH ALAM, Selasa I5 April
: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim belum memberi keterangan kepada polis berhubung perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di Kampung Baru Kuala Lumpur walaupun sudah dihubungi pihak berkuasa itu.


Sebaliknya beliau sudah meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T. Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Ramli Mahmud sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menurut Abdul Khalid, sebagai presiden kelab itu, beliau telah membenarkan perhimpunan itu kerana diadakan dalam kawasan kelab.

Katanya, beliau meminta nasihat dua pegawai kanan kerajaan tersebut kerana beliau memberikan kebenaran itu atas sifatnya sebagai Menteri Besar.

“Sebagai kawasan persendirian dan tertutup, penganjurannya tidak memerlukan permit polis,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Timbalan Speaker Nasurudin Daud di pejabatnya di sini hari ini..

Abdul Khalid berkata, beliau telah menulis kepada pihak polis bagi memaklumkan mereka mengenai penganjuran majlis semalam dan mengadakan perbincangan dengan polis sebelum majlis diadakan.

"Kita telah buat perbincangan dengan pihak polis mengatakan perjumpaan kita lakukan mesti berakhir pada jam 11 malam. Bagaimanapun, polis telah datang untuk hentikan pada jam 10.30 malam,” katanya.

Menurut Abdul Khalid, beliau bersetuju dengan pendapat terlalu ramai orang datang ke majlis itu menyebabkan ianya perlu dihentikan bukan alasan tidak mendapat permit kerana majlis sudahpun berjalan.

Katanya, Timbalan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) Dr. Syed Husin Ali sudah mengadakan sidang akhbar menyatakan rasa kesal dan kecewa kerana pihak polis datang untuk mendapatkan maklumat berhubung majlis tersebut.

Selain Abdul Khalid, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presdien yang juga Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali turut dipanggil untuk memberi keterangan mengenai perkara sama.

Lebih 10,000 orang menghadiri majlis yang diadakan bagi meraikan berakhirnya penggantungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selama lima tahun daripada menyertai politik secara langsung oleh mahkamah.

Abdul Khalid berkata, pihaknya tiada halangan jika ada pihak lain termasuk Umno mahu mengadakan majlis di kelab berkenaan pada masa akan datang kerana tempat itu terbuka untuk disewa kepada orang ramai.

Comments :

0 comments to “PERHIMPUNAN SAMBUTAN "DARI GELITA 14 KE KEMENANGAN RAKYAT"”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com