Pray For MH370

Pray For MH370

TUANKU SULTAN SELANGOR BERTITAH

Sultan Selangor gesa umat Islam Selangor bersatu selepas pilihan raya

18/04/2008 4:01pm

KUALA LUMPUR 18 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa umat Islam di Selangor supaya bersatu semula selepas berbeza pendapat dan pendirian semasa pilihan raya umum lepas.

“Negara kita baru melalui pilihan raya dalam keadaan aman dan damai. Pemimpin yang baru telah dipilih untuk mentadbir negeri Selangor.

“Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah melupakan segala perbezaan ideologi dan pegangan politik yang telah lalu, tetapi hendaklah sama-sama bersatu semula untuk kemajuan agama, bangsa dan negeri yang kita cintai ini,” titah baginda semasa merasmikan Masjid Bukit Indah di Ampang dekat sini hari ini.

Baginda bertitah amat penting bagi umat Islam menjauhi perpecahan yang disebabkan perbezaan pendapat kerana ia hanya akan merugikan bangsa dan agama. - Bernama

KOMENTAR: Peringatan untuk mereka yang lupa. Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri hendaklah mengamalkan konsep FEDERALISME yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kerajaan Pusat hendaknya jangan menjadikan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti anak tiri atau lebih teruk lagi. Kerajaan Pusat, janganlah hendaknya mengwujudkan pelbagai agensi dan badan yang berasingan seperti Ketua kampung yang dilantik oleh Kerajaan Pusat di samping yang sedia ada, KEMAS yang tidak mahu bekerja sama dengan kerajaan negeri, Mesyuarat Raja -Raja yang tidak menjemput Menteri Besar negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan sebagainya.

Hendaknya jangan ada penyisihan dan ketidaksamarataan dalam pelbagai projek dan grants di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Bagaimana akan timbul keikhlasan dan kejujuran dalam perpaduan jika wujud dikotomi tindakan. Nak guna RTM sejam seminggupun tak dibenarkan, waktu yang sama kita berslogan "perpaduan asas kekuatan".



Comments :

0 comments to “TUANKU SULTAN SELANGOR BERTITAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com