Pray For MH370

Pray For MH370

MAJULAH SUKAN PERBELANJAAN BELAKANG KIRA

'Penumpang' terhormat

i '

bazly@hmetro.com.my

KEGAGALAN skuad hoki lelaki negara pada Kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, menelan kos perbelanjaan sebanyak RM230,000.

Barangkali angka itu tidak mengejutkan Majlis Sukan Negara (MSN), begitu juga Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) kerana wang itu hadir begitu mudah. Ia adalah wang hasil pembayar cukai rakyat.

Malah, jika dilihat kepada pencapaian tempat ketiga dan keputusan keseluruhan perlawanan, sebenarnya ia tidak setimpal langsung dengan kos yang dibelanjakan.

Soalnya bagaimana sejumlah besar wang itu boleh diluluskan bagi satu kejohanan kelayakan? Untuk apa dan bagaimana ia dibelanjakan?
Jawabnya mudah. Perbelanjaan sebanyak itu adalah untuk menampung pemergian 33 anggota rombongan sepanjang dua minggu di sana.

Menjadi isu sekarang adalah jumlah pegawai yang terlalu ramai. Bayangkan 13 pegawai untuk mengiringi 18 pemain utama (tidak termasuk dua simpanan).

Ditolak beberapa jawatan utama - seperti pengurus, ketua jurulatih, jurulatih penjaga gol, doktor, tukang urut - yang membentuk kumpulan pegawai asas. Ini bermakna terdapat baki lapan pegawai tambahan turut serta.

Terdapat tiga pembantu jurulatih, pembantu perubatan (1), pegawai urut (2), penganalisis sukan (1), pakar pemakanan (1) dan chef (2).

Selain pengurus (Sathis Kumar), jurulatih (Sarjit Singh), jurulatih penjaga gol (Shahid Ali Khan), doktor (Mohamad Shariff A Hamid) dan tukang urut, kehadiran baki sembilan pegawai dilihat tiada kepentingan.

Lebih menghairankan, mengapa Paul Lissek selaku Konsultan Program Pembangunan PHM, bekas jurulatih negara, malah sebagai individu arif mengenai taktikal hoki Malaysia, tidak berada dalam rombongan itu kerana PHM sebelum ini galak mencanang pembentukan skuad ramuan pemain veteran dan bakat muda itu ialah demi mencipta kejayaan dalam jangka masa panjang.

Agak mengejutkan, perbelanjaan lebih RM230,000 hanya sebagai pendahuluan daripada jumlah sebenar iaitu sekitar 80 peratus kerana difahamkan, MSN masih menunggu tuntutan PHM untuk baki 20 peratus dalam tempoh terdekat.

Jumlah perbelanjaan itu turut membabitkan 13 pegawai PHM dan MSN yang sebahagian besarnya dilihat lebih terarah untuk ‘merasai musim sejuk sambil menikmati sushi Osaka’.

Terdahulu, kegagalan barisan Sarjit melepasi kempen kelayakan mengundang kekecewaan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar apabila menyifatkan situasi itu berpunca kelemahan pengurusan dan program pembangunan PHM.

Malah, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong mahu PHM menyediakan laporan kegagalan itu secepat mungkin dan dijangka memperolehinya, Isnin ini.

Namun, di sebalik ‘lebihan anggota rombongan’ skuad Olimpik Beijing, tindakan Sarjit menyenaraikan 20 pemain tidak boleh dipertikai sekalipun kuota hanya untuk 18 pemain bagi setiap perlawanan berdasarkan kecederaan menimpa S Kuhan dan S Selvaraju.

Malah, langkah itu dilihat tepat kerana dikhuatiri Malaysia lebih terperosok di tangga terbawah andai Sarjit tidak membawa dua pemain simpanan sebagai langkah berjaga-jaga.

KOMENTAR: Beginilah akibatnya jika individu tidak terasa atau pernah merasa bagaimana sukarnya nak cari RM1/= masa kini. Tak cukup dana, minta lagi peruntukan. Budaya pembaziran sudah menjadi suatu yang berleluasa. Biar papee asal bagayee, kata orang Perak.


Comments :

2 comments to “MAJULAH SUKAN PERBELANJAAN BELAKANG KIRA”
Unknown said...
on 

myMetro » Arena
MSN restu bajet hoki
Oleh Bazly Azmi

NILAI kegagalan skuad hoki Malaysia pada kempen kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, minggu lalu melebihi anggaran apabila dipastikan mencecah RM367,560.

Nilai itu lebih RM137,560 berbanding laporan Arena Metro, semalam iaitu sebanyak RM230,000 yang tidak termasuk 20 peratus tunggakan yang perlu dibayar Majlis Sukan Negara (MSN) kepada Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani, berkata PHM memohon peruntukan RM433,795 bagi keseluruhan perbelanjaan di Jepun, tetapi Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong hanya meluluskan RM367,560.

Jumlah itu membabitkan tambang penerbangan, belanja penginapan dan makan minum bagi untuk rombongan 13 pegawai dan 18 pemain itu.


“Keputusan peruntukan itu dicapai ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja antara MSN-PHM dipengerusikan Datuk Zolkples yang turut dihadiri Presiden PHM, Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor, Setiausaha Kehormat, Hashim Mohamed Yusoff dan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, C Paramalingam, 27 Mac lalu.

“PHM memohon khidmat dua tukang urut bagi membantu pemulihan pemain sementara Institut Sukan Negara mencadangkan dua chef untuk penyediaan makanan halal.

“Penghantaran pegawai analisis ialah untuk kepentingan masa depan hoki kerana ditugaskan merakam video perlawanan bagi tujuan taktikal dan analisis pasukan.

“Segala rasional mengenai jumlah delegasi pegawai dan pemain dibincangkan lebih lanjut dalam Mesyuarat JKK bilangan 1/2008, dan keputusan bersama dicapai untuk membenarkan pegawai berkenaan menyertai skuad,” katanya.

Ariffin berkata, skuad negara menginap di hotel disediakan Persatuan Hoki Jepun dengan kadar AS$110 (RM357.50) sehari seorang.

“Kadar ini dikenakan kepada semua pasukan bertanding.

“Malah, Jerman yang dianggotai 30 delegasi (12 pegawai dan 18 pemain) tiba lebih awal iaitu 29 Mac dengan membabitkan anggaran kos RM408,825,” katanya.

Arena Metro, semalam melaporkan tindakan MSN meluluskan pemergian 33 anggota delegasi skuad hoki Malaysia ke Kakamigahara membabitkan kos awal RM230,000 hingga menimbulkan keraguan mengenai kepentingan keseluruhan 13 pegawai mengiringi cabaran negara.

Selain pengurus, ketua jurulatih, jurulatih penjaga gol, doktor dan tukang urut, kehadiran baki lapan pegawai itu dilihat tidak penting lebih-lebih lagi Konsultan Program Pembangunan PHM, Paul Lissek tidak mengikuti rombongan.

Lebih membimbangkan, angka itu dikhuatiri menambah derita MSN dan PHM apabila sebelum ini dilaporkan mengalami krisis kewangan serius hingga terpaksa berhutang.

Malah, di sebalik penjelasan MSN mengenai penghantaran 18 pemain dengan hanya 16 boleh disenaraikan di dalam pasukan, timbul pertanyaan mengenai status dua pemain standby yang menjadikan jumlah keseluruhan 20 pemain iaitu Engku Abdul Malik Mohamad dan Baljit Singh Sarjab Singh di Kakamigahara.



Oleh Bazly Azmi

bazly@hmetro.com.my



NILAI kegagalan skuad hoki Malaysia pada kempen kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun, minggu lalu melebihi jangkaan apabila menjangkau RM367,560.

Nilai itu mencatat pertambahan RM137,560 berbanding laporan Arena Metro, semalam iaitu sebanyak RM230,000 tidak termasuk pertambahan 20 peratus tunggakan bayaran yang perlu dibayar Majlis Sukan Negara (MSN) kepada Persekutuan Hoki Malaysia (PHM).

Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani, berkata PHM memohon peruntukan RM433,795 bagi keseluruhan perbelanjaan skuad hoki di Jepun, namun Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong hanya meluluskan RM367,560 membabitkan 13 pegawai dan 18 pemain.

Jumlah itu membabitkan perbelanjaan tambang kapal terbang, penginapan, makan dan minum bagi semua anggota delegasi.

“Keputusan peruntukan itu dicapai ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja antara MSN-PHM dipengerusikan Datuk Zolkples yang turut dihadiri Presiden PHM, Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor, Setiausaha Kehormat, Hashim Mohamed Yusoff dan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, C Paramalingam, 27 Mac lalu.

“PHM memohon mendapatkan dua tukang urut bagi membantu pemulihan pemain akibat keletihan sementara Institut Sukan Negara (ISN) mencadangkan dua chef untuk penyediaan makanan halal.

“Penghantaran pegawai analisis ialah untuk kepentingan masa depan hoki kerana ditugaskan merakam video perlawanan bagi tujuan taktikal dan analisis pasukan. “Segala rasional mengenai jumlah delegasi pegawai dan pemain dibincangkan lebih lanjut dalam Mesyuarat JKK bilangan 1/2008 dan keputusan bersama dicapai untuk membenarkan pegawai berkenaan menyertai skuad,” katanya.

Ariffin berkata, skuad negara menginap di hotel disediakan Persatuan Hoki Jepun dengan kadar AS$110 (RM357.50) sehari seorang.

“Kadar ini sama seperti yang dikenakan kepada semua pasukan bertanding sepanjang kejohanan. Malah, Jerman yang dianggotai 30 delegasi (12 pegawai dan 18 pemain) tiba lebih awal iaitu 29 Mac dengan membabitkan anggaran kos RM408,825,” katanya.

Arena Metro, semalam melaporkan tindakan MSN meluluskan pemergian 33 anggota delegasi skuad hoki Malaysia ke Kakamigahara membabitkan kos awal RM230,000 hingga menimbulkan keraguan mengenai kepentingan keseluruhan 13 pegawai mengiringi cabaran negara.

Selain pengurus, ketua jurulatih, jurulatih penjaga gol, doktor dan tukang urut, kehadiran baki lapan pegawai itu dilihat tidak penting lebih-lebih lagi Konsultan Program Pembangunan PHM, Paul Lissek tidak berada dalam rombongan.

Lebih membimbangkan, angka itu dikhuatiri menambah derita MSN dan PHM apabila sebelum ini dilaporkan mengalami krisis kewangan serius hingga terpaksa berhutang.

Malah, di sebalik penjelasan MSN mengenai penghantaran 18 pemain dengan hanya 16 dibenarkan berada di ‘bench’ Malaysia, timbul pertanyaan mengenai tugas dua pemain simpanan yang menjadikan jumlah keseluruhan 20 pemain iaitu Engku Abdul Malik Mohamad dan Baljit Singh Sarjab Singh di Kakamigahara.

Anonymous said...
on 

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com