Pray For MH370

Pray For MH370

UNISEL DINOBAT JUARA DUNIA DI MADRID SEPANYOL

Pasukan dari UNISEL telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan " 1st LEEM INTERNATIONAL CANSAT" nano satelit antara Varsiti di Madrid baru-baru ini. Pasukan ini terdiri dari seramai 12 orang pelajar yang diketuai oleh pelajar berumur 26 tahun, Tan Pei Pih. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan serta semua warga UNISEL yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kejuaraan ini. Di bawah memaparkan Exco Pendidikan , Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bergambar dengan Pasukan sebelum mereka berlepas ke Madrid.

Comments :

3 comments to “UNISEL DINOBAT JUARA DUNIA DI MADRID SEPANYOL”
Anonymous said...
on 

Assalamualaikum w.w.w,
Tahniah, tumpang bangga sebab antara orang yang terlibat 'brainstorming' penubuhan UNISEL pada tahun 1998, selepas 10 tahun ia sudah berada di persada dunia. Semoga Allah merahmati YB Dr.

Unknown said...
on 

#########RALAT, RALAT, RALAT#######
Harap maaf.


Unisel Harumkan Nama Negara di Madrid


SHAH ALAM, 15 April – Universiti Industri Selangor (Unisel) mengharumkan nama negara apabila muncul juara Open Class Cansat Team mengalahkan 40 universiti lain dalam Pertandingan Cansat Antara Varsiti Dunia.


Pertandingan yang berlangsung dari 10 hingga 12 April di Madrid, Sepanyol itu juga menyaksikan enam pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Unisel termasuk empat pensyarah memenangi tempat ketiga dalam kategori Telemetry.

Naib Canselor Unisel yang juga ketua pasukan, Prof. Dr Anuar Ahmad berkata UNISSAT V.1 direka oleh enam pelajar Unisel dengan penyeliaan pensyarah bahagian machatronic, Zulkifli Abdul Rahman dan pensyarah bahagian elektronik, Juwairiyyah Abdul Rahman.

Pasukan itu mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan satelit yang saiznya sebesar tin soda dan prototaip sistem elektrikalnya mengandungi sistem pengkomputeran, penderia, sistem kuasa dan sistem perhubungan.

“Misi UNISSAT V.1 ialah menangkap beberapa imej bumi, merekod maklumat kedudukan dan masa untuk imej diambil ke stesen bumi dalam masa nyata.

“Selain itu, ia juga merekod, memproses dan menghantar maklumat penderia tekanan sebagai rujukan dan dibandingkan dengan maklumat GPS,” katanya.

Unisel mewakili Malaysia setelah muncul juara Program Reka Bentuk dan Pembangunan Model Nano Satelit Peringkat Siswazah (SiswaSat) 2007 yang berlangsung di Pusat Angkasa Negara, Sungai Lang, Banting pada 31 Januari lalu.{{{ Saya memohon maaf di atas ralat yang tidak disengajakan kerana sebaik menerima SMS dari Madrid pukul 0700pm hari Ahad saya terus masukkan berita kejayaan ini dalam blog-news breaking-tanpa rujukan. Kesilapan amat dikesali, Prof DR ANUAR AHMAD merupakan ketua pasukan dan bukan En Tan Pei Pih seperti yang dilaporkan. Sekian terima kasih

Unknown said...
on 

Sila layari
http://www.agendaselangor.com/v3/news
php untuk berita terkini:

"Kejuaraan CanSat bukti Unisel mampu saingi universiti luar negara"

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com