Pray For MH370

Pray For MH370

KEADAAN EKONOMI SEKARANG MEMBAWA KEBAIKAN KATA MENTERI

Perbelanjaan subsidi diunjur cecah RM40b

Oleh Azli Ayob


TAHNIAH: Nor Mohamed (dua dari kanan) beramah mesra dengan penerima kunci Biz Avenue sambil diperhati Mustapha Kamal (tiga dari kanan) di Cyberjaya, semalam.

Harga terkini minyak, makanan punca peningkatan ketara

PERBELANJAAN kerajaan untuk subsidi dijangkakan meningkat sehingga RM40 bilion tahun ini daripada sekitar RM35 bilion setahun sebelum ini berikutan peningkatan ketara harga minyak mentah dan makanan global.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, daripada jumlah itu, RM18 bilion dijangka dibelanjakan bagi subsidi produk petroleum, meningkat lebih sekali ganda daripada antara RM7 bilion hingga RM8 bilion tahun lalu jika harga minyak mentah terus berada pada paras yang tinggi seperti sekarang.


"Jumlah tanggungan subsidi (bagi produk petroleum yang diberikan kerajaan kepada syarikat dan orang ramai boleh mencecah sehingga RM18 bilion tahun ini jika dilihat pada harga minyak mentah semasa," katanya pada sidang media selepas melawat projek hartanah Kumpulan Emkay dan menyampaikan kunci kepada pembeli unit komersial Biz Avenue di Cyberjaya, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Emkay, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Harga minyak mentah dunia terus meningkat ke paras tertinggi baru melepasi AS$115 setong semalam berikutan kebimbangan kekurangan bekalan serta penurunan dalam dolar Amerika Syarikat (AS).

Nor Mohamed berkata, sejajar dengan perubahan persekitaran ekonomi dunia susulan krisis harga minyak dan makanan, kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah baru untuk memperkasakan lagi ekonomi negara bagi memastikan ia dapat bertahan daripada sebarang kesan negatif yang bakal berlaku.

Beliau menegaskan, krisis harga minyak dan makanan yang dihadapi dunia ini adalah cabaran sebenar yang dihadapi di seluruh dunia kerana kenaikan harganya disebabkan oleh isu struktur dan bukannya berbentuk kitaran.

"Disebabkan itu, kita perlu meneliti dan mengkaji bagaimana proses, cabaran dan realiti baru ini boleh menjejaskan kita," katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan meneliti keseluruhan proses pengurusan ekonomi negara dengan perspektif baru.

"Krisis harga minyak dan makanan ini memberi peluang kepada kita untuk melihat keseluruhan sistem dengan perspektif baru. Dengan kata lain, ia sebenarnya membawa kebaikan kerana keadaan sekarang memberi kita peluang untuk melihat keseluruhan pengurusan ekonomi dengan perspektif baru, malah, berfikir dengan lebih inovatif.

"Dalam proses itu, kita akan menghasilkan lebih banyak langkah yang boleh memberi kita manfaat dalam jangka panjang," katanya.

KOMENTAR:
Betul ke Pak Menteri kenyataan YB di bawah ini:
"Krisis harga minyak dan makanan ini memberi peluang kepada kita untuk melihat keseluruhan sistem dengan perspektif baru. Dengan kata lain, ia sebenarnya membawa kebaikan kerana keadaan sekarang memberi kita peluang untuk melihat keseluruhan pengurusan ekonomi dengan perspektif baru, malah, berfikir dengan lebih inovatif.

Comments :

0 comments to “KEADAAN EKONOMI SEKARANG MEMBAWA KEBAIKAN KATA MENTERI”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com