Pray For MH370

Pray For MH370

PERBELANJAAN BERHEMAHKAH INI?

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada R. Nadeswaran dan akhbar the SUN yang telah membawa tajuk berita penyelewengan dalam sebuah organisasi kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang mana menterinya dahulu ialah Dato' Seri Azalina Othman dari Johor. Beliau telah menang tanpa bertanding dalam PRU 12 yang lalu. Beginilah penilaian yang tersasar jauh, yang telah dibuat oleh rakyat Johor, yang rata-rata masih pekat dengan UMNOnya.

Saudara tentu masih ingat bagaimana Jabatan Audit telah menemukan beberapa anomaly dan "perkara luar biasa" dalam harga pembelian beberapa item seperti skrudriver, jack, pen dan lain-lain barang yang menyebabkan pembayar cukai/rakyat rugi berjuta-juta ringgit. Penemuan ini mungkin berlaku setelah audit secara rambang dibuat. Mungkin kalau semua dokumen pembelian di semua kementerian dan jabatan kerajaan di seluruh Malaysia diperhalusi, nescaya banyak lagi "kejutan dan perkara luar biasa" akan ditemui. Itupun kalau tidak ada "cover up" atau penyorokan maklumat bagi melindungi puak-puak tertentu.

Scan ahkbar the Sun bertarikh 16hb April 2008 memaparkan penyata wang keluar masuk "Sukan Wanita dan Yayasan kecergasan Malaysia" atau "Women's Sports and Fitness Foundation Malaysia, WSFFM" yang mana Pengerusinya tidak lain dan tidak bukan, Dato' Seri Azalina.

Wang Masuk:

  1. Majlis Sukan Negara .. RM9.72 juta
  2. Kem Belia & Sukan .. RM1.50 juta
  3. Konsert Olivia N.John.. RM0.20juta
  4. Datuk dina Rizal Sports.. RM0.11juta
JUMLAH.....................................RM11.53juta
===============================


Wang Keluar:

  1. Grant .. RM1.18juta
  2. Makanan & Penginapan.. RM2.10juta
  3. Media & Pengiklanan .. RM0.932juta
  4. Post & Production .. RM0.710juta
  5. Percetakan & alat tulis .. RM0.710juta
  6. Sewa peralatan .. RM0.8654juta
  7. Elaun Sukarelawan .. RM0.242juta
  8. Gaji .. RM0.1177juta
  9. Keraian .. RM1.40juta
  10. Perjalanan & Peng'kutan.. RM0.858juta

JUMLAH.............................................RM9.1151juta
==========================================


Dari perbelanjaan di atas , hampir 40% digunakan untuk keraian, makanan dan penginapan sahaja. Saudara bayangkan berapa ramai rakyat miskin boleh dapat RM100/= sebulan dengan
wang RM1.4juta? Berapa ramai kanak-kanak yang menghidap jantung berlubang boleh menjalani pembedahan dengan wang RM2.1juta? Bukan duit depa sebab itu depa tak rasa. "Esay come easy go". Apa susah, tak cukup mohon peruntukan lagi. Tahun hadapan tambah lagi peruntukan perbelanjaan sebanyak 20%.

Comments :

2 comments to “PERBELANJAAN BERHEMAHKAH INI?”
Unknown said...
on 

Belanja mewah: BPR mula siasat yayasan sukan wanita

PUTRAJAYA 16 April - Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memulakan siasatan berhubung pendedahan perbelanjaan mewah oleh Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita Malaysia (WSFFM) seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kita sudah hantar pegawai untuk siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kota Kinabalu di sini hari ini.

Akhbar The Sun antara lain mempersoalkan perbelanjaan WSFFM yang memperoleh geran tahunan daripada kerajaan bagi tujuan hiburan dan acara yang mencecah RM1.4 juta.

Perbelanjaan lain WSFFM ialah pelancongan dan pengangkutan sebanyak RM858,000, pengiklanan dan media RM932,000 serta percetakan dan alat tulis RM710,000.

Peruntukan tahunan kepada yayasan diberikan semasa Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Pengerusi WSFFM menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif WSFFM, Dr. S. S. Hamala berkata, Azalina tiada kaitan langsung dengan pengurusan perbelanjaan itu.

Tegasnya, Azalina tidak ambil satu sen pun daripada peruntukan itu.

Jelasnya, terdapat satu jawatankuasa induk khas yang menapis tender dan mengaudit akaun yayasan.

"Dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 29 Januari lalu, sebanyak 196 ahli telah bersetuju dengan penggunaan wang tersebut selepas penjelasan diberikan oleh ahli jawatankuasa itu.

"Mereka yang tidak menghadirinya pasti musykil bagaimana wang itu digunakan. Malangnya, wartawan yang menulis artikel itu tidak pernah menghubungi kami untuk mendapatkan penjelasan," jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Unknown said...
on 

NST Online

2008/04/18

ACA officers go through files of foundation:


KUALA LUMPUR: ACA officers pored through the files of the Women's Sports and Fitness Foundation Malaysia yesterday in their probe into allegations that WSFFM had spent RM1.4 million for entertainment during a national sporting event it organised last year.
Two ACA officers began checking files and financial records at the WSFFM office at the Bukit Jalil Sports Complex from 2.30pm and as at 6pm, were still in the premises of the non-governmental organisation.

As WSFFM patron and former Youth and Sports Minister Datuk Seri Azalina Othman Said distanced herself from the allegations, foundation officials told the New Straits Times yesterday that the whole matter was "a genuine mistake committed by their auditor".

WSFFM secretary-general Wan Marina Am said the auditor had wrongly translated the word persembahan into "entertainment" and used the word in the annual report.

She said persembahan "encompasses expenses covering ceremonial events, the opening and closing ceremonies, and prize-giving ceremonies".
The auditor who made the "mistake", Wahyudi Sugiono from the auditing firm Zamzuri & Co, was also present and admitted to making the mistake.

Marina claimed that the term "entertainment" had previously been used in the accounts prepared by the organising committee of the Arafura Games in Australia.

WSFFM treasurer Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil said the matter had been blown out of proportion and the foundation had nothing to hide.

"It was a genuine mistake and we also regret that the minister (Azalina) had been dragged into this. Nevertheless, we are giving our fullest co-operation to the authorities."

Reports surfaced this week that a cabinet minister had links with an NGO that purportedly spent RM1.4 million of public funds on entertainment.

The WSFFM said it organised the National Women Games last year, with the participation of 3,400 athletes and 600 officials.

In addition, it also hosted an international conference, attended by 289 participants, and various courses for 780 officials.

Azalina, meanwhile told the NST that WSFFM officials had given their explanation on the matter.

"They told me that it was all a misunderstanding with the way the expenses was presented in the annual report."

Azalina, who is now tourism minister, said she was satisfied that there appeared to be no irregularities.

"If that is what they said, then that is what it is. As far as I am concerned, I am just the patron and am not involved in any financial decisions or how they spend their money.

"But based on the explanation, I feel they have done nothing wrong."

Azalina said she had not been contacted by the Anti-Corruption Agency over the matter.

CONCLUSION: AUDITOR'S MISTAKE. NEVERTHELESS, TO HOST A SHOW COSTING RM1.4MILLION IS JUSTIFIED OR NOT? WHOSE MONEY WAS IT? WHOSE POCKET MONEY? OR WHOSE HARD-EARNED MONEY? OR WHOSE MONEY THAT GROW ON TREES? POINTS TO PONDER......

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com