Pray For MH370

Pray For MH370

MONOPOLI SYARIKAT TEPUNG, BERAS DAN BAJA

Harga baja kimia naik lebih 20%

KUALA LUMPUR 16 April - Harga baja tempatan meningkat lebih 20 peratus sejak tiga bulan lalu berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia dan bekalan yang berkurangan.

Pengarah Eksekutif Detik Aturan, Md. Arfizal Md Ariffin berkata, harga baja berasaskan petroleum meningkat kepada RM1,800 satu tan metrik berbanding RM1,400 satu tan metrik tiga bulan lalu.

Beliau berkata, permintaan baja dunia pada masa ini sangat tinggi, sedangkan pengeluaran sangat terhad menyebabkan harga bahan itu meningkat.

Sementara itu, jurucakap CCM Fertilizers Sdn. Bhd. berkata, kenaikan kos penghasilan baja, terutama jenis baja yang menggunakan petroleum sebagai bahan asas, tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Selain itu katanya, harga baja terus meningkat kerana ia merupakan bahan yang diimport sepenuhnya.

Beliau berkata, di samping itu harga baja melonjak dengan begitu mendadak kerana permintaan baja kimia yang lebih tinggi berbanding pengeluarannya, seperti yang berlaku di Brazil dan India sekarang.

Menurutnya, Malaysia mengimport baja kira-kira 3.5 juta tan metrik setahun.

Md. Arfizal seterusnya berkata, kerajaan perlu menekankan pengeluaran dan penggunaan baja organik untuk mengurangkan penggantungan 100 peratus kepada baja kimia.

''Bagi mengurangkan beban golongan petani, kerajaan perlu menggalakkan petani menggunakan baja organik, seperti baja kompos yang boleh diproses daripada sisa pertanian termasuk daripada jerami padi, hampas kelapa sawit, batang jagung dan sisa buangan tanaman sayuran yang lebih rendah kosnya," katanya.

Menurut Md. Arfizal, penggunaan baja organik bukan sahaja boleh menjimatkan kos sebanyak 50 peratus malah ia lebih mesra alam.

''Walaupun tanam-tanaman yang menggunakan baja organik tumbuh lebih perlahan berbanding baja kimia, namun daripada segi jangka panjang, ia (baja organik) boleh menyuburkan tanah," katanya.

Beliau berkata, jika pengeluaran baja organik bertambah, sekali gus mengubahkan persepsi petani terhadap penggunaan baja jenis itu

KOmen: Selain syarikat CCM sebagai pengeluar baja negara, syarikat milik Billionaire Robert Kuok juga membekalkan baja untuk kegunaan tempatan. Kita tidak mempunyai maklumat tentang "market share" syarikatnya yang mempunyai kilang di Pelabohan Barat. Syarikat ini membida tender kerajaan dengan menggunakan "vehicle" beberapa syarikat kecil yang juga dimiliki atau kepentingan majoriti dipegang oleh R. Kuok.

Harga roti Gardenia naik 10 peratus

KUALA LUMPUR 16 April - Harga roti, kek snek, ban dan rol jenama Gardenia naik antara 10 hingga 40 sen berkuat kuasa hari ini.

Pengurus Besar Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Koh Chin Huat berkata, kenaikan harga produk syarikat itu tidak dapat dielakkan dan perlu dilakukan bagi memastikan syarikat terus beroperasi.

Menurutnya, harga tepung gandum berprotein tinggi telah meningkat daripada RM1,385 satu tan metrik pada Ogos tahun lalu kepada RM2,685 satu tan metrik ketika ini.

''Selain daripada tepung, kos lemak sayuran atau lemak doh juga telah meningkat sebanyak 92 peratus, iaitu RM2.29 sekilogram pada bulan Ogos 2007 kepada RM4.40 sekilogram sekarang,'' katanya dalam satu pekeliling yang dikeluarkan syarikat itu kepada para peruncit baru-baru ini.

Roti Breakthru MultiWholegrain Fibremail merupakan yang paling tinggi naik iaitu hampir 10 peratus, daripada RM4.10 kepada RM4.50.

Ini diikuti peningkatan sebanyak 30 sen bagi roti Summerset Cottage Wholegrain Fibremail, Toast'em Raisin Oatmeal, Toast'em Apricot Raisin Wheatgerm dan Frankfurter Rolls.

Sementara itu, lima jenis kek snek meningkat sebanyak 10 sen.

Kek snek tersebut ialah Quick Bites Double Chocolate, Quick Bites Banana, Quick Bites Muffin, Twiggies - Cream Dream dan Twiggies - Choc A Lot.

Ban Squiggles Choco Malto dan Squiggles Funky Strawberry turut melonjak 10 sen.

Chin Huat yang menandatangani pekeliling bertarikh 8 April itu memberitahu, kos pengeluaran produk Gardenia telah meningkat secara mendadak walaupun semua pendekatan dan usaha meningkatkan produktiviti dan kecekapan dibuat.

Sehubungan itu, beliau berharap peruncit dan pembeli produk Gardenia memahami situasi sebenar yang dihadapi syarikatnya.

Pada November tahun lalu Gardenia telah menaikkan harga roti sandwich putih sebanyak 20 sen daripada RM1.90 kepada RM2.10.

KOmen: Kita boleh boikot syarikat roti yang menaikkan harga barangan pengeluaran sewenang-wenangnya. Walaupun diperkatakan orang bahawa Lembaga Tabung Haji telah membeli saham syarikat gardenia namun syarikat harus mencari jalan lain untuk kekal bersaing di pasaran tempatan.

Kerajaan tiada kuasa kawal harga beras import

PUTRAJAYA 16 April - Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga beras import di pasaran tempatan menyebabkan ia dimanipulasi oleh pihak tertentu termasuk menaikkan harganya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed yang mengakui kenaikan itu berkata, pada masa ini negara mengimport 700,000 tan metrik beras setahun.

Kata beliau, meskipun Bernas memonopoli pengimportan beras khususnya dari Vietnam dan Thailand namun penetapan harganya masih di bawah kawalan negara pengeluar.

“Beras import kebanyakannya dari Vietnam dan Siam (Thailand)... sekitar 700,000 tan metrik setahun dan ia (harga) sukar dikawal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pelan untuk membendung kenaikan harga beras di seluruh negara yang mencatatkan peningkatan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

Pemantauan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendapati ia berlaku di kawasan bandar di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad pada sidang akhbar di sini berkata, kerajaan hanya mengawal harga beras tempatan yang mengandungi 15 peratus beras hancur.

‘‘Pihak penguat kuasa kementerian saya telah membuat siasatan dan pemeriksaan di seluruh negara dan mengesahkan memang berlaku kenaikan harga beras.

“Tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana ia melibatkan beras import.

‘‘Ia bukan barang kawalan tetapi jika berlaku kenaikan harga beras tempatan, orang ramai diminta buat laporan segera,” katanya.

Ditanya sama ada bekalan beras mencukupi untuk rakyat dalam tempoh terdekat bagi mengelakkan suasana panik, beliau berkata: ‘‘Insya-Allah, insya-Allah.”

Beliau bagaimanapun yakin kenaikan harga beras import hanya akan mendorong permintaan orang ramai terhadap beras tempatan sehingga boleh mencapai 50 peratus berbanding 30 peratus sekarang.

Harga beras dunia kini berada pada paras AS$$780 (RM2,464) setan metrik berbanding AS$360 (RM1,137) setan metrik pada akhir tahun lalu.

Harga tersebut dijangka meningkat antara AS$1,000 (RM3,160) hingga AS$1,200 (RM3,792) setan metrik dalam tempoh dua bulan akan datang kerana kesukaran memenuhi permintaan dan masalah untuk meningkatkan pengeluaran dalam masa singkat.

Ahad lalu, Mustapa berkata, kerajaan akan menambah stok beras negara yang kini sebanyak 600,000 tan metrik kerana ia hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan sahaja.

KOmen : Jika benar, kita mempunyai stok beras yang mampu bertahan selama 3 bulan, ini menunjukkan beras yang dinaikkan harga sejak Ahad lalu adalah stok lama dan bukan diimport pada harga baru yang lebih mahal. Seharusnya harga beras tidak boleh dinaikkan sekarang.


Adalah menjadi tanggung jawab pihak berwajib memantau dan mengambil tindakan terhadap pengedar dan peruncit serta pengusaha gerai serta restoran yang telah menaikkan harga beras sekaligus harga sepinggan nasi putih.

??????????????????J???????????????????????????????????????????????????????????????????


Alasan yang diberikan oleh kerajaan Pusat tentang kenaikan harga tepung dan beras.

1. Dunia berhadapan dengan inflasi makanan pada tahun ini berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu akibat kejatuhan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan harga komoditi.

Kejatuhan nilai dolar AS menyebabkan dagangan makanan yang selama ini menggunakan mata wang tersebut terpaksa dinaikkan untuk mendapatkan nilai yang sama.

2. Pengeluar-pengeluar makanan dunia yang menggunakan dolar AS dalam dagangan menaikkan harga kerana mahukan nilai jualan yang sama bagi mengelakkan kerugian kepada pihak pengeluar.

Inflasi makanan ini bakal dirasai oleh negara- negara Asia dan Asia Pasifik berikutan permintaan bekalan makanan yang tinggi dari negara-negara ekonomi baru muncul seperti China, India, Vietnam serta Indonesia yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

Harga barang makanan sudah naik, bila lagi untuk diwujudkan Stok Penimbal barang makanan utama?

Stok penimbal beras diwujudkan

KUALA LUMPUR 16 April - Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada dasarnya telah bersetuju mewujudkan stok penimbal beras bagi menangani krisis bekalan di peringkat global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, strategi jangka panjang untuk meningkatkan hasil makanan itu juga telah dirangka.

Pada masa sama katanya, dalam tempoh empat tahun, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran beras daripada 72 peratus kepada 90 peratus.

"Kerajaan akan meneliti keperluan dari segi bantuan infrastruktur, menyediakan kemudahan bekalan air, sistem saliran dan perparitan.

"Rancangan kita dalam masa empat tahun ini ialah untuk meningkatkan pengeluaran beras yang kini berada pada tahap 72 peratus kepada 90 peratus dalam masa empat tahun," katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan tertutup di antara jawatankuasa pengurusan UMNO dan pemimpin UMNO Selangor di sini petang ini.

Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Muhyiddin yang merupakan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Kabinet yang bermesyuarat hari ini juga bersetuju untuk meneliti kekurangan bantuan yang diberikan kepada para petani.

Katanya, lebih daripada RM1 bilion diperlukan untuk tujuan itu dan dijangkakan para petani terbabit akan menerima bantuan dalam masa terdekat.

"Inilah cara untuk merangsang minat mereka untuk terus menghasilkan makanan, ini penting bagi mengelakkan kita berdepan dengan masalah bekalan makanan," katanya.

KOmen : harga barang makanan utama sudah mula naik tanpa kawalan. Telah lama disebut tentang stok penimbal. Bila lagi nak diwujudkan. Kita bukan cakap politik, omong kosong dan janji kosong. Pegawai-pegawai kementerian dan jabatan yang berkenaan " get cracking". Nak tunggu apa lagi. Jika harga barangan makanan di negara kita masih rendah berbanding dengan negara jiran, pihak kastam, Unit Pencegah Penyeludupan dan Polis Marin mestilah meningkatkan usaha mereka mencegah penyeludupan dan BPR mesti tambah kakitangan. Jangan rasuah RM200/= dan RM9/= cepat bertindak tetapi RMjuta dan RM billion buat tak nampak.

Comments :

1
Unknown said...
on 

NST Online » Local News
2008/04/18
Minister: Don't buy rice in bulk

KOTA BARU: Go for Super 15 rice, the local price-controlled rice, to cope with the recent price hike of between 10 and 20 per cent of other varieties.
Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed said the price increase was unavoidable as it was caused by a rise in global prices.

He said, however, the price hike only affected rice from Vietnam and Thailand which were popular among consumers.

He assured consumers that there was enough rice in the country and urged them not to buy too much which would create an artificial shortage as had happened previously with sugar.

Mustapa also pointed out the problem of food wastage and urged households to keep tabs on their consumption.
He cited a study on food consumption trend made 15 years ago in the Klang Valley which found many households buying and storing food in bulk only to end up throwing 20 per cent of it away.

Speaking at a media briefing on rice here yesterday, he raised the possibility of local rice being smuggled out.

"It may happen as the price of local rice is controlled while the price of imported rice is determined by the global market.

"We have not encountered it yet but I am sure the authorities concerned are on the alert at the borders.

 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com