Pray For MH370

Pray For MH370

TUNGGU APA LAGI: SUDAH 6 ORANG TERBUNUH DAN 19 CEDERA PARAH

Semua 232 permit syarikat bas disyor digantung

PUTRAJAYA: Semua 232 permit bas sebuah syarikat bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan hampir setiap bulan sejak Disember lalu membabitkan kematian dan kecederaan, disyor digantung sebulan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata jawatankuasa siasatan kemalangan bas Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan mengesyorkan tindakan itu kepada lembaga berkenaan yang akan bermesyuarat tidak lama lagi.

"Selain menyiasat empat kemalangan jalan raya yang membabitkan enam kematian dan 19 kecederaan oleh syarikat itu, jawatankuasa juga menyiasat pengurusan semua bas serta tahap keselamatan pekerjaan dan kesihatan pekerja syarikat berkenaan sebelum membuat syor berkenaan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Seramai 19 orang cedera parah dalam kemalangan di Plaza Tol Sungkai, Perak, 18 Disember tahun lalu, tiga terbunuh di KM383.7 Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Behrang pada 25 Januari, dua terbunuh di KM396.7 Lebuh raya Utara-Selatan pada 2 Febuari dan seorang terbunuh di Plaza Tol Seremban pada 8 April.

"Jawatankuasa itu juga mengesyorkan supaya semua permit bas itu terus digantung untuk tempoh tertentu selagi pihak pengurusan bas tidak memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya. - Bernama

ULASAN: Banyak syarikat bas dimiliki oleh pemimpin UMNO, sebagai contoh, Tan Sri Sulaiman Ninam Shah, Tan Sri Dato' Seri Onn Ismail, Tun Aishah Ghani dan lain-lain. Sebab itu kita kerap dengar berita dan komen bahawa kakitangan syarikat terbabit boleh kata " Pegawai JPJ dalam kocek kami". Kita juga maklum bagaimana beratus-ratus saman syarikat bas tidak/ belum dibayar tetapi cukai jalan dapat diperbaharui. Rasuah yang berleluasa menyebabkan perkara ini boleh terus berlaku. Pemeriksaan PUSPAKOM juga tidak sunyi dari rasuah. Terdapat kenderaan awam yang tidak perlu pergi buat "inspection" tetapi boleh lulus. Sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dalam menangani rasuah di tempat-tempat penting seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, PUSPAKOM, Kastam dan lain-lain dengan menempatkan pegawai-pegawai BPR yang terlatih. Sekiranya berlaku kekurangan staf, kerajaan harus membuka peluang pekerjaan dalam bidang ini.

Dalam kes syarikat bas di atas, jumlah 232 lesen adalah sangat banyak. Mengapa perlu dilengah-lengahkan perbicaraan, dan jika sabit hukuman yang setimpal harus dijatuhkan secepat mungkin sebelum lebih banyak lagi nyawa terkorban.



Comments :

0 comments to “TUNGGU APA LAGI: SUDAH 6 ORANG TERBUNUH DAN 19 CEDERA PARAH”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Add caption *Relawan AMALNITA sedia bersama....*
    8 years ago
  • Shopping Back To School. - Oleh kerana 2 petugas kaunter demam dlm Program Jom Shopping Back To School DUN Meru, maka Yb Meru dan Dato Ketua Kampung membantu mengambil...
    9 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com