Pray For MH370

Pray For MH370

TAHNIAH BPR: PROAKTIF AMALAN KITA

BPR saran GLC tubuh unit integriti

JOHOR BAHRU 17 April - Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) disarankan supaya menubuhkan unit integriti bagi mencegah rasuah, penyalahgunaan kuasa serta amalan tidak beretika dalam organisasi masing-masing.

Ketua Pusat Pembangunan Integriti Korporat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Azni Hamzah berkata, unit itu boleh berperanan untuk mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya serta melaksanakan pelbagai program pencegahan rasuah.

"Unit itu boleh melakukan siasatan dalaman terhadap perlakuan, punca atau potensi perbuatan itu untuk meningkatkan ketelusan dan integriti pengurusannya tanpa bergantung semata-mata kepada agensi kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Prinsip-Prinsip Perniagaan Untuk Mencegah Rasuah pada Seminar Pengurusan Integriti GLC Peringkat Zon Selatan anjuran BPR di Pulai Springs Resort di sini hari ini.

Azni berkata, perbuatan tidak beretika sama ada secara langsung atau tidak akan dapat diatasi, manakala kekeliruan mengenai sesuatu prosedur yang berisiko tinggi berlaku rasuah boleh dijelaskan dan dasar baru mengenainya dapat diperkenalkan melalui unit itu.

Menurutnya, dasar dan program yang diwujudkan oleh institut tersebut perlu disesuaikan dengan operasi syarikat terbabit yang berbeza antara satu sama lain, tetapi tetap diselaraskan dengan undang-undang.

Katanya, ia termasuk mewujudkan garis panduan mengenai isu-isu berkaitan operasi syarikat antaranya sogokan hadiah, sumbangan politik, tajaan atau derma kebajikan, hamper atau pemberian musim perayaan yang dikhuatiri mempengaruhi keputusan pegawainya.

Beliau berkata, program perlu dilaksanakan dengan kerjasama semua jabatan terutamanya sumber manusia, latihan, komunikasi dan audit dalaman syarikat.

"Telekom Malaysia Berhad adalah antara GLC yang mempunyai unit tersebut dengan menempatkan bekas pegawai BPR dan polis untuk melakukan siasatan dalam unit itu tetapi tidak banyak GLC lain yang turut mempunyai unit seumpamanya," jelasnya.

Shamshun Baharin pula berkata, syarikat GLC perlu mengambil inisiatif menubuhkan unit tersebut kerana kawalan dalaman lebih berkesan dalam mengekang amalan rasuah.

Beliau berkata, ini kerana sesuatu syarikat lebih mengetahui isu dan masalah berkaitan operasi mereka dan tindakan pencegahan yang wajar diambil sebelum berlaku rasuah.

Sementara itu Shaharudin memberitahu, BPR membuka talian informasi untuk membantu orang ramai mendapatkan maklumat serta mengenal pasti sesuatu hadiah dianggap sogokan atau tidak.

Katanya, talian 019-6000103 yang beroperasi 24 jam itu mendapat sambutan menggalakkan terutama pada musim perayaan.

KOMENTAR: Seronok kita mendengar apabila BPR mengambil langkah proaktif dan pencegahan terhadap amalan rasuah dalam syarikat berkaitan dengan kerajaan. Tahniah diucapkan. Selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan integriti.



Comments :

0 comments to “TAHNIAH BPR: PROAKTIF AMALAN KITA”
 

x

Photobucket

e


Popular Posts

Followers


View My Stats

pautan lain

  • - Mesyuarat Agung Khas AMALNITA perihatin Pelancaran Tabung PDS AMALNITA dan anda
    8 years ago
  • "Paciaru" atau breakfast. - Yb Meru bersama Mr.Maniam turun padang memantau jalan2 berlubang di susur keluar highway Setia Alam ke Jln Meru dan Jln Korporat Kawasan Meru ...
    8 years ago

Ab

zwani.com myspace graphic comments

x

Photobucket









Recent Comment

ISLAMICITY

SEARCH THE TRUTH

Search in the Quran
Search:
Download | Free Code
www.SearchTruth.com